-->
Si Gadis Merah Hearty

Selamat Hari Raya !

As Salam...


Hye semua. Apa khabar? sihat tak. harap-harap korang suma sihat la kan. dah nak dekat raya ni. Minta-minta sihat semuanya. Kalau demam tak boleh raya la. hihi. Nanti orang lain pergi beraya sakan kita duk kat rumah diam-diam sebab demam. tak best la cm tu kan? tak boleh nak beraya macam orang lain.


Mood beraya ni bertambah berkali-kali ganda sejak asyik duk dengar lagu raya je. Best kan law dengar lagu raya. Raya tahun ni ala kadar je, tak da la sampai nak membazir beli baju, kasut mahal-mahal tu. Cukupla kalau setakat yang mampu je. Kuih raya tak buat lagi, ntah dan ke tak, tak tahu la kalau nak buat. Sebab tinggal tak berapa hari je lagi. Kalau agak-agak tak dan tu beli je lah.


Ok, kepada yang sedang dalam perjalanan nak balik ke kampung tu berhati-hatilah semasa memandu. Jangan pandu laju-laju sangat ingatlah orang yang tersayang.


Dikesempatan ini saya anis atau di kenali sebagai cik merah hearty dalam blog comot ni nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada :


  • Kawan-kawan Sekolah Rendah Islam Abim.
  • Kawan-kawan Maktab Mahmud Kedah.
  • Sahabat-sahabat di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari.
  • Kawan-kawan DIP 5A, 5B, 5C, senior dan junior di POLIMAS.
  • Sahabat praktikal di UiTM Merbok, Kak Dila dan Kak Naz.
  • Semua sahabat blogger yang disayangi.
  • Family mak cik dan pak cik, maksu dan paksu serta tak lupa juga kepada family tersayang.



Ampun dan maaf dipinta andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara, terbuat muka, dan apa saja yang berkaitan dengannya. Semoga lebaran kali ini memberi seribu satu makna pada kita. :)






---> With lots of love ♥ Si Gadis Merah Hearty

Hasil Coretan --> ~MerAh HeArty~ tepat jam: 10:08 pm 1 orang doakan merah hearty dapat 4 Flat.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

GA - PERTAMA DARI CIK MAY

As Salam...

Malam ni duk usha-usha, jalan-jalan blogwalking sana sini terjumpa satu GA ni. So aku decide nak join. Jom join ramai-ramai nak tak ?


Nak join klik  gambar comel kat atas tu ok.

Syarat-syaratnya adalah sangat mudah. Jom tengok !

  • Terbuka kepada blogger...
  • Kalau belum follow,sila la follow dengan penuh keikhlasan ye...Tak paksa untuk follow blog kerdil ni.
  • Tajuk entry tu adalah "GA - PERTAMA DARI CIK MAY"
  • Pastu copy gambar yang tak santek kat atas ni dalam entry yer...
  • Then, link kan gambar tu kat entry INI....
  • Karangan yang korang nak taip dalam entry tu adalah bebas...kalau tak nak letak pape entry pun tak pe..nak ucap selamat hari raye pun boleh..
  • Tag kan kat 2 orang member..nak tag lagi ramai lagi best.. ^^
  • Dah siap?? Letak link entry korang tu dalam ruangan komen katentry ni..okei??
  • Tarikh tutup untuk join GA ni adalah pada 06hb September 2011 (1pm)
  • Pemilihan pemenang guna random.org

    Nak tag dekat :

    deheartystrawbery

    Dalila Diela

    dan suma blogger yang berminat.

    Ok dah siap !



---> With lots of love ♥ Si Gadis Merah Hearty

Hasil Coretan --> ~MerAh HeArty~ tepat jam: 12:09 am 3 orang doakan merah hearty dapat 4 Flat.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Jom Balik Kampung ~

As Salam...

Hari ni sehari suntuk hujan kat area Jitra. Plan nak balik berkonvoi bersama-sama membe aku norsiah dan miera tergendala gara-gara hujan. Huhu. Agaknya hujan rahmat kot yang duk turun sampai tak berhenti-henti ni. Apa pon aku bersyukur sangat sebab Allah turunkan hujan lagi untuk kita suma. Kalau tak dak hujan susah jugak, nanti panas je kan.

So, hujan-hujan ni memang best kalau dapat tidur. Petang tadi pas abis kelas je aku duk rest kejap dengan my roomate, pastu tak sedar time bila ntah kami tertidur. Jaga-jaga dah petang dalam pukul 4 macam tu agaknya. Jenguk kat luar pintu, hujan masih lagi turun. Duk tertanya-tanya dalam hati bila la hujan ni nak berhenti. Tunggu punya tunggu hujan tak berhenti jugak. Membe aku yang norsiah dan miera ni col aku bagi taw yang diorang nak balik dah. Aku dahla tak siap apa lagi time tu, so aku biarkan diorang balik dulu.

Lepas sorang, sorang balik rumah masing-masing. Mula-mula dengan si ena ni, pastu bella. Yang membe aku dua orang lagi tu balik esok. Aku ingat nak join diorang dua la nak balik esok sebab hujan tak behenti lagi. Tapi disebabkan mood nak balik kampung ni berganda-ganda, aku pon siap-siap la barang semua dalam pukul 6.20 macam tu aku terus gerak.Ayahanda dan bonda tercinta nantikan kepulangan anakanda!

Masa keluar tu hujan tak lebat sangat, sampai Pendang tu hujan makin lebat plak. Habis basah baju aku semua. Nasibla kan dah nak balik sangat. Terima ja lah. huhuhu. Selamat tiba dirumah tercinta pada pukul 7.30. Gila rush aku bawa moto punya nak sampai cepat sebab tak tahan sejuk. Alhamdulillah selamat tiba juga ke rumahku syurgaku. Rindu semua family aku, tak sabar nak raya sama-sama.








---> With lots of love ♥ Si Gadis Merah Hearty

Hasil Coretan --> ~MerAh HeArty~ tepat jam: 11:05 pm 2 orang doakan merah hearty dapat 4 Flat.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

SEGMEN PECAH PERUT ALEPRIDZ

As Salam...


Sungguh kenyang hari ni selepas berbuka puasa. Alhamdulillah syukur dengan nikmatNya. Puasa tinggal tak banyak dah nak dekat raya pulak. Sambil blogwalking tadi ternampak plak segmen ni. So aku nak join. Jom kawan-kawan kita gelak sampai pecah perut. hihi


Nak taw tak apa jawapan aku untuk segmen ni ?
Hah ni la jawapannya.


Aku gigit Gerrard sebab aku baru putus cinta.



Macam lawak plak kan jawapan tu. Padahal tak da kena mengena dengan putus cinta pon. Apa pon just untuk gurau senda saja.


Nak join ? Jom klik header ALEPRIDZ




Nak tag dekat :

deheartystrawbery

daliela diela










---> With lots of love ♥ Si Gadis Merah Hearty

Hasil Coretan --> ~MerAh HeArty~ tepat jam: 11:53 pm 4 orang doakan merah hearty dapat 4 Flat.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Ramadhan :)

As Salam...


Salam ramadhan ke dua puluh tiga. Sedar tak sedar da nak abis kan kita puasa. Tinggal tujuh hari saja lagi. Tak sabar la plak nak sambut raya dengan family dan sahabat-sahabat kesayangan. Terlintas di hati ini, terasa sedih jugak bulan ramadhan  yang mulia ni akan pergi meninggalkan kita. Entah sempat tak lagi tahun depan kita nak bertemu bulan yang banyak memberi keinsafan pada kita ni. Moga-moga kita sama-sama dipilih olehNya untuk bersama menunaikan ibadah dengan sempurna dan mendapat ganjaran pahala yang berlimpah-ruah. Amin.





Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur


Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith


Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.










p/s : Sama-samalah kita merebut peluang yang ada di bulan puasa ni. Selagi nadi masih berdenyut, selagi hidup masih boleh bernafas dirikanlah solat dan amalan-amalan wajib serta sunat dengan sempurna. Berebutlah untuk menjadi hamba yang taat serta patuh kepada perintahNya. Amin Ya Rabb...










---> With lots of love ♥ Si Gadis Merah Hearty

Hasil Coretan --> ~MerAh HeArty~ tepat jam: 10:15 pm 0 orang doakan merah hearty dapat 4 Flat.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Alhamdulillah


As Salam...


Alhamdulillah selesai sudah petang tadi aku kena interview dengan my lecturer Encik Nazman. Hati yang tak tenang duk fikir macam mana interview tu berjalan last-last terjadi jugak kat aku. Semuanya selamat, tak da yang kena teruk-teruk. Report Latihan Industri pon tak kena rebinding balik. Syukur sangat ! Diterima dengan baik dan dapat komen yang positif.


Lepas ni tunggu pulak keputusannya. Harap-harap dapat cemerlang la seperti yang diharapkan. hee ~ Amin.


p/s : Doakan kejayaan kita bersama.

---> With lots of love ♥ Si Gadis Merah Hearty

Hasil Coretan --> ~MerAh HeArty~ tepat jam: 9:39 pm 2 orang doakan merah hearty dapat 4 Flat.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Interview. Wish me luck ok !

As Salam...


Kelmarin dapat tahu yang semua budak dip lepasan Latihan Industri kena interview. Pas balik kelas tu tengah-tengah duk rehat tiba-tiba roomate aku si ena ni menjerit duk panggil nama aku. Dia bagi taw yang senarai nama untuk interview dah pon keluar. Aku pon dengan eksitednya tengokla sapa pensyarah yang nak menilai aku nanti. Alhamdulillah tengok-tengok encik nazman. Meloncat aku time tu seronok sebab pensyarah yang aku dapat tu baik dan memahami student. Aku dan empat orang lagi membe aku norsiah, waida, eiza dan fikri kena sekali dengan cik man a.k.a encik nazman ni. Bersyukur sangat-sangat sebab tak dapat pensyarah penilai yang garang-garang macam puan aziemah ke. huhu. Kalau tidak jenuh nak menjawab.


Kalau korang nak taw puan aziemah tu memang garang dengan student dy. Sebabnya membe-membe aku ada bagi taw tadi diorang da  col puan aziemah ni untuk tanya bila nak buat interview tu. Pastu puan tu cakap ari rabu. And then, dia siap pesan lagi yang buku report mesti ada dan kalau buat tak ikot format macam yang dia minta tu confirm-confirm la kena reject awal. Takut la dengar camtu. Minta-minta ok la semua.


Walaupun cik man tu cool ja bab-bab cam ni aku still takut juga. Kena berjaga-jagalah takut-takut nanti mood dia tak ok plak kan. Apa pon aku harap esok interview aku pada pukul 2.30 petang tu akan berjalan dengan baik. Amin. Korang semua doakan taw kejayaan aku untuk esok. Harap-harap dapat cemerlang la kan. Ok lebiu all...
---> With lots of love ♥ Si Gadis Merah Hearty

Hasil Coretan --> ~MerAh HeArty~ tepat jam: 5:30 pm 0 orang doakan merah hearty dapat 4 Flat.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Makanan mahal. Berbaloi tak ?

As Salam...

Makanan mahal tu berbaloi tak ha ? Apa pendapat korang semua. Bagi pendapat aku, aku rasa berbaloi. Sebabnya bila kita makan sesuatu makanan tu tak kira la kat restoran mahal ka, kedai mamak ka, hotel 5 bintang ka kalau kita rasa makanan yang diorang sajikan tu sedap itu lebih baik dari makan makanan yang tak sedap pastu pulak mahal. Biar mahal tak pa asalkan puas hati bila kita dapat makanan yang macam tu.

Aku suka makan kat tempat yang biasa-biasa saja. Tak da la demand nak pergi makan kat hotel plak kan. Sebab aku orang susah. Bak kata orang, kalau bagi la apa pun makanan mesti makan. Makna kata memang senang bela la. huhu. Kalau dalam hal-hal nak makan ni aku memang tak berkira sangat. Biar makanan tu mahal pon tak pa. Asalkan puas hati. Kenapa lak kita nak berkira bila nak makan ? Padahal benda tu nak masuk perut kita jugak. Betul tak ? Sila angguk kan kepala anda . hehe 


So, kalau korang semua rasa pendapat aku tak betul terserahlah. Masing-masing pendapat kan. Lain manusia lain caranya. Betul tak korang suma? 



---> With lots of love ♥ Si Gadis Merah Hearty

Hasil Coretan --> ~MerAh HeArty~ tepat jam: 12:59 am 0 orang doakan merah hearty dapat 4 Flat.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Oh baju raya ! Camni ke ?

As Salam...

Penat seharian berjalan. Dari pagi tadi pergi rumah mak cik aku nak ambik baju raya yang dah siap tu yang ditempah dekat kawan cousin aku ni. Eksited sangat nak ambik pastu tengok-tengok baju yang dia buat kat kakak aku tu agak singkat la. Cian dy hasrat untuk cantik di pagi raya musnah begitu saja. huhu. Nak buat macam mana kan. Dah silap buat. Pasni confirm-confirm la tak kan hantar dah kat tailor tu. Eh tailor ka camtu ek ? Kalau betol-betol tailor mesti pandai jahitkan baju. Mesti baju tu siap elok punya.

Baju aku dengan adik aku plak boleh dikatakan ok la. Kalau orang tengok tu, orang akan cakap ok la. Tak da la nampak ketara sangat singkat macam baju kakak aku tu. hihi.

Selamatla ada baju spare lagi sepasang yang ditempah kat mak cik yang kebiasaannya aku tempah tu. Actually memang nak tempah semua baju kami tu kat dia. Tapi disebabkan kitorang hantar lambat tu sebab dy nak sorang sepasang saja yang boleh dia buat. So, terpaksalah cari tailor lain. Bila hantar kat orang yang tak biasa kita buat baju dengan dia jadi cam ni la. Baju pon tah apa-apa. Redha je lah.

Kalau kita rasa tailor tu tak berapa professional better kita cari tailor lain walaupun tailor yang lain tu agak mahal bila ditempah. Sebabnya kita akan rasa puas hati bila kita tengok baju tu cantik dan selesa dipakai.  


p/s : Jangan sedih-sedih ya kakakku. Nanti kita buat baju lain ya :)

---> With lots of love ♥ Si Gadis Merah Hearty

Hasil Coretan --> ~MerAh HeArty~ tepat jam: 12:15 am 3 orang doakan merah hearty dapat 4 Flat.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Dugaan Yang Datang - Bahagian II

As Salam...


Terkadang aku terpikir jugak setiap hari aku solat, aku berdoa setiap detik adakah segalanya akan diterima dan doa yang dipanjatkan kepadaNYA akan termakbul. Malah makin bertambah pula dugaan yang menimpa.


Masalah yang datang dua hari yang lepas belum selesai datang pula dugaan yang lain. Bertubi- tubi dugaan yang datang pada aku masa bulan puasa ni. Petang tadi, masa nak pergi kedai nak beli makanan untuk buka puasa ada benda yang jadi kat aku. Sementara tunggu makanan nak siap aku dan roomate aku jalan-jalan kat yawata dulu. Pastu keluar pada yawata tu, tengok-tengok helmet kesayangan aku tak dak. Makna kata kena curi la kan. Kalau tak sapa lagi nak ambik. Herannya bulan-bulan puasa cam ni pon ada jugak manusia yang boleh buat perangai macam tu. Tak takut balasan Tuhan ka???


Dosa apakah yang aku sudah lakukan sehingga aku diuji sebegini hebat. Sesungguhnya aku tidak mampu untuk melawan takdir yang telah ditentukan olehMu. Ya Allah berikanlah aku kesabaran dalam menempuh ujian ini. Jika aku adalah orang-orang yang telah dipilih untuk menerima setiap dugaan yang engkau berikan ini, maka aku redha. Engkau berikanlah aku petunjuk yang baik. Amin...



Doa waktu DiTimpa Musibah

إِنـَّا ِللَّـهِ وَإِنـَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّـهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
Maksudnya : Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (pada hari kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan lebih baik(dari musibahku)




---> With lots of love ♥ Si Gadis Merah Hearty

Hasil Coretan --> ~MerAh HeArty~ tepat jam: 10:32 pm 0 orang doakan merah hearty dapat 4 Flat.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Dugaan Yang Datang

As Salam...


Penat betul hai ni merata aku pusing kot sungai petani ni bersama kakak dan adik tesayang. Jalan-jalan kat Tesco sampai tak sedar tiba-tiba yang purse aku hilang. Aku sedar pon masa aku dan kakak aku nak p ambik duit kat bank Islam. Pas je taw purse hilang terus g tesco balik cari kemana hilangnya purse aku tu. Gelabah duk fikir pasal purse hilang ni. Pasal duit aku tak kisah sangat tapi benda-benda yang berharga tu yang buat aku takut macam kad pengenalan, lesen n kad ATM.


Aku pon terus pergi Tesco dan tanya kat pekerja nepal yang duk kutip troli tu pasal purse aku hilang. Dan depa cakap depa tak taw. Depa tak taw ka depa tak paham apa yang aku dengan kakak aku cakap. Arghhh tension gila time tu. Tak taw nak cari mana dah. Penat gila. Masuk p tanya counter information pon depa cakap tak da sapa yang mai bagi kat depa lagi. Maksudnya tak da orang jumpa purse aku pon la.


Aku terus col bank Islam utuk block kad ATM supaya orang tak suka-suka hati nak ambik duit aku. huhu
Pastu p balai polis buat report dan bagi keterangan. Balik rumah plak cakap kat mak dan ayah aku pastu terus-terus kena marah cakap kat aku lalai la apa la. Tapi aku tak bantah cakap apa-apa. Aku decide benda yang jadi ni mungkin dugaan bagi aku. Aku terima dengan redha. Mungkin aku adalah insan-insan terpilih yang Allah nak duga. Aku harap pas ni kalau nak jadi apa pon kat aku, aku boleh terima dengan tenang. Insyaallah...


Now, alhamdulillah semuanya dah setel cuma esok aku kena pergi JPN dan JPJ untuk buat kad pengenalan dan lesen baru. Harap-harap semuanya ok.










---> With lots of love ♥ Si Gadis Merah Hearty

Hasil Coretan --> ~MerAh HeArty~ tepat jam: 7:44 pm 2 orang doakan merah hearty dapat 4 Flat.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Naluri Hati Seorang Ibu :)

As Salam...


Kenapa apa yang mak aku cakap semua akan jadi. Maksudnya bila mak aku cakap jangan buat itu atau ini pastu kalau aku buat jugak mesti benda tu akan jadi kat aku. Betulkah naluri hati seorang ibu itu selalunya benar?? Atau ianya adalah satu kebetulan. Aku cakap ni sebab benda ni pernah jadi kat aku sendiri dulu-dulu. Jom kita tengok kisah yang terjadi kat bawah ni.


Kisah 1 : Aku yang degil.




Kisah ni berlaku kira-kira 7 tahun yang lalu semasa aku di tahun 6. Waktu zaman sekolah rendah la...


Aku : Mak, angah dengan adik nak keluar main basikal kat luar boleh tak?


Mak: Tak payahlah dah nak dekat maghrib ni hang tak reti lagi ka. Kalau jadi apa-apa ikut suka hang la.


Aku : Dengan degilnya aku dan adik aku pon keluar jugak p main basikal kat luar.


Main punya main basikal tu last-last sampai macam mana ntah boleh terjatuh sampai bibir atas aku ni luka abis.Terus cepat-cepat balik rumah. Pastu kalut la p cari minyak gamat nak letak kat luka tadi tu. Mak aku pon terus berleter kat aku cakap, sapa suruh p main kan dah kena ! Orang cakap tak maw dengar.


Kisah 2 : Adik dan Motosikalnya.




Kisah ni baru terjadi masa bulan puasa tahun ni.


Hari sebelum kejadian berlaku.


Mak : Adik nanti bawa moto tu elok-elok taw. Jangan laju-laju sangat. Bahaya kat situ lagipun adik tak taw        
          jalan tu macam mana.


Adik : Ok mak nanti adik bawa elok-elokla. Mak jangan risaula.


Keesokannya, selepas pergi ke Jitra, adik telah terbabit dalam satu kemalangan. Dia dan kawannya telah tejatuh moto dan mengalami beberapa kecederaan yang agak teruk.




Pengajarannya, janganlah kita ingkari kata-kata ibu walaupun benda tu kecil ja. Sesungguhnya naluri hati seorang ibu itu kuat. Dan setiap kata-kata yang keluar dari setiap bait bibirnya itu adalah sesuatu yang bermakna.


Sayangilah, Ibu anda seperti anda menyayangi diri anda sendiri.


Sayang Ibu !








---> With lots of love ♥ Si Gadis Merah Hearty

Hasil Coretan --> ~MerAh HeArty~ tepat jam: 7:04 pm 0 orang doakan merah hearty dapat 4 Flat.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Semoga Cepat Sembuh Adik

As Salam...


Apa khabar semua? sihat x... Mesti sihat kan. bagusla kalau dah sihat. cuma aku ja yang  tak sihat-sihat nie. Eh-eh bukan aku, moto akula. Huhuhu. Sebenarnya pada ari ke-enam kita puasa ari tu moto aku telah accident. Kisahnya begini.
-
-
-
-
-
-
-
-
Pada petang tu sekitar pukul 4.30 petang, aku bersama roomate kesayangan aku si ena ni duk kalut la masak untuk juadah berbuka puasa nanti. Kami masak spagethi dan buat puding laici. Tiba-tiba........ ada 1 panggilan daripada adikku ni. Dia pon cakap dgn terketar-ketar bagi taw kat aku yg dia dan kawan dia accident kat Jitra. Aku dengar-dengar tu gelabah maknyah la. Adikku tu yang kena , sapa tak sayang adikkan?? Aku pon kalut la duk tanya dia skang kat mana. Dia bagitaw dia duk kat Klinik 1 Malaysia dekat-dekat dengan rumah sewa aku gak. So, Petang tu pas masak aku pon p la melawat dia kat umh kawan dia. Sebab time tu dia balik rumah kawan dia.

Pas sesampai ja kat sna, kawan-kawan adikku bagitaw yang moto aku ni ada luka sikit. Time tu aku tak kisah sangat pasal moto aku ka pa. Yang penting aku nak tengok adikku dulu. Masuk ja blik tu sedih gila tengok adik aku dengan kawan dia ni terbaring sampai tak bergerak. Dia cakap sakit. Macam nak meleleh ja air mata aku tengok depa. Banyak jugak luka yang depa kena. Adikku, kena kat tapak tangan kanan dan kiri luka disebabkan tersagat kat tar. Huh dengar pon seram. Dekat lutut pon dia kena jugak. Teruk jugakla. Yang si kawan adik aku plak kena kat lutut jugak belah kiri dengan kanan jugak dan ada la bahagian-bahagian len yang sikit-sikit tu. Kesian sangat tengok depa kena cmtu.

Adikku bagitaw yg dia jatuh moto sebab terlanggar lubang besar dan kat situ pulak da pasir. Benda dah nak jadi nak wt cm na. Kena terima la...

Kes moto aku pulak yg kena ni  tak dak la banyak sangat cuma agak sedih gak la. Moto yang elok-elok duk jaga abis kena sagat terok. Asa cm nak p buat len ja. Manala aku nak cekaw duit nak tukar suma tu. Hmm Insyaallah da rezeki nanti bolehla.Tapi apa pon aku bersyukur sangat sebab adik-adikku selamat. Tak kisah la moto kena pun, tu tak penting. Adik-adikku lg penting. Sayang Adik ! 

Adik-adikku Afiqah dan Faezah semoga cepat-cepat sembuh ya. Nanti kita boleh raya bersama-sama. Hehe.




Ya Allah Ya Tuhanku ! Berikanlah kepada mereka kesembuhan supaya mereka boleh pulih seperti sediakala. Amin.....








---> With lots of love ♥ Si Gadis Merah Hearty

Hasil Coretan --> ~MerAh HeArty~ tepat jam: 3:29 pm 4 orang doakan merah hearty dapat 4 Flat.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Salam Ramadhan Kareem

As Salam...


Salam Ramadhan kepada suma umat Islam yang berpuasa di bulan yang mulia dan penuh barakah ini. Semoga kita dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna. Amin.


--> Selamat mengerjakan ibadah puasa dan bertarawikh !








---> With lots of love ♥ Si Gadis Merah Hearty

Hasil Coretan --> ~MerAh HeArty~ tepat jam: 6:57 pm 0 orang doakan merah hearty dapat 4 Flat.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

^____________^

 Budak comel tengah skodeng!

FOLLOWERS

IMPIANKU

WISH LIST MY MUM
MR RIGHT
WORK
CAR
MARRIED
BABY

ABOUT ME

My photo
~MerAh HeArty~
~Nur Anis~22 Tahun~Graduate Diploma In Programming~
View my complete profile

| CINTA SUCI |

Couple ~ 22 August 2012
Dirisik & Bertunang ~ 11 August 2013

ADD ME ON FB

NUr Hearty

Create Your Badge

CORETAN KISAH HATI

  • March (4)
  • February (1)
  • January (3)
  • January (8)
  • November (2)
  • October (2)
  • September (4)
  • August (14)
  • May (1)
  • April (5)
  • March (1)

CLICK-CLICK

LALU LINTAS

Daisypath Anniversary tickers
Powered by Blogger.