As Salam...
Makanan mahal tu berbaloi tak ha ? Apa pendapat korang semua. Bagi pendapat aku, aku rasa berbaloi. Sebabnya bila kita makan sesuatu makanan tu tak kira la kat restoran mahal ka, kedai mamak ka, hotel 5 bintang ka kalau kita rasa makanan yang diorang sajikan tu sedap itu lebih baik dari makan makanan yang tak sedap pastu pulak mahal. Biar mahal tak pa asalkan puas hati bila kita dapat makanan yang macam tu.
Aku suka makan kat tempat yang biasa-biasa saja. Tak da la demand nak pergi makan kat hotel plak kan. Sebab aku orang susah. Bak kata orang, kalau bagi la apa pun makanan mesti makan. Makna kata memang senang bela la. huhu. Kalau dalam hal-hal nak makan ni aku memang tak berkira sangat. Biar makanan tu mahal pon tak pa. Asalkan puas hati. Kenapa lak kita nak berkira bila nak makan ? Padahal benda tu nak masuk perut kita jugak. Betul tak ? Sila angguk kan kepala anda . hehe
So, kalau korang semua rasa pendapat aku tak betul terserahlah. Masing-masing pendapat kan. Lain manusia lain caranya. Betul tak korang suma?
No comments:
Post a Comment