Hye semua. Apa khabar? sihat tak. harap-harap korang suma sihat la kan. dah nak dekat raya ni. Minta-minta sihat semuanya. Kalau demam tak boleh raya la. hihi. Nanti orang lain pergi beraya sakan kita duk kat rumah diam-diam sebab demam. tak best la cm tu kan? tak boleh nak beraya macam orang lain.
Mood beraya ni bertambah berkali-kali ganda sejak asyik duk dengar lagu raya je. Best kan law dengar lagu raya. Raya tahun ni ala kadar je, tak da la sampai nak membazir beli baju, kasut mahal-mahal tu. Cukupla kalau setakat yang mampu je. Kuih raya tak buat lagi, ntah dan ke tak, tak tahu la kalau nak buat. Sebab tinggal tak berapa hari je lagi. Kalau agak-agak tak dan tu beli je lah.
Ok, kepada yang sedang dalam perjalanan nak balik ke kampung tu berhati-hatilah semasa memandu. Jangan pandu laju-laju sangat ingatlah orang yang tersayang.
Dikesempatan ini saya anis atau di kenali sebagai cik merah hearty dalam blog comot ni nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada :
- Kawan-kawan Sekolah Rendah Islam Abim.
- Kawan-kawan Maktab Mahmud Kedah.
- Sahabat-sahabat di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari.
- Kawan-kawan DIP 5A, 5B, 5C, senior dan junior di POLIMAS.
- Sahabat praktikal di UiTM Merbok, Kak Dila dan Kak Naz.
- Semua sahabat blogger yang disayangi.
- Family mak cik dan pak cik, maksu dan paksu serta tak lupa juga kepada family tersayang.
Ampun dan maaf dipinta andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara, terbuat muka, dan apa saja yang berkaitan dengannya. Semoga lebaran kali ini memberi seribu satu makna pada kita. :)
1 comment:
selmat hari raya dik nis..
mintak maaf kalau terkasar bahasa,
tersilap kata,
terguris kat mna2 eh..
salam aidilfitri n salam kemerdekaan :)
Post a Comment