-->
Si Gadis Merah Hearty

Ramadhan :)

As Salam...


Salam ramadhan ke dua puluh tiga. Sedar tak sedar da nak abis kan kita puasa. Tinggal tujuh hari saja lagi. Tak sabar la plak nak sambut raya dengan family dan sahabat-sahabat kesayangan. Terlintas di hati ini, terasa sedih jugak bulan ramadhan  yang mulia ni akan pergi meninggalkan kita. Entah sempat tak lagi tahun depan kita nak bertemu bulan yang banyak memberi keinsafan pada kita ni. Moga-moga kita sama-sama dipilih olehNya untuk bersama menunaikan ibadah dengan sempurna dan mendapat ganjaran pahala yang berlimpah-ruah. Amin.





Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur


Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith


Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.










p/s : Sama-samalah kita merebut peluang yang ada di bulan puasa ni. Selagi nadi masih berdenyut, selagi hidup masih boleh bernafas dirikanlah solat dan amalan-amalan wajib serta sunat dengan sempurna. Berebutlah untuk menjadi hamba yang taat serta patuh kepada perintahNya. Amin Ya Rabb...










---> With lots of love ♥ Si Gadis Merah Hearty

Hasil Coretan --> ~MerAh HeArty~ tepat jam: 10:15 pm
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

^____________^

 Budak comel tengah skodeng!

FOLLOWERS

IMPIANKU

WISH LIST MY MUM
MR RIGHT
WORK
CAR
MARRIED
BABY

ABOUT ME

My photo
~MerAh HeArty~
~Nur Anis~22 Tahun~Graduate Diploma In Programming~
View my complete profile

| CINTA SUCI |

Couple ~ 22 August 2012
Dirisik & Bertunang ~ 11 August 2013

ADD ME ON FB

NUr Hearty

Create Your Badge

CORETAN KISAH HATI

  • March (4)
  • February (1)
  • January (3)
  • January (8)
  • November (2)
  • October (2)
  • September (4)
  • August (14)
  • May (1)
  • April (5)
  • March (1)

CLICK-CLICK

LALU LINTAS

Daisypath Anniversary tickers
Powered by Blogger.