-->
Si Gadis Merah Hearty

Naluri Hati Seorang Ibu :)

As Salam...


Kenapa apa yang mak aku cakap semua akan jadi. Maksudnya bila mak aku cakap jangan buat itu atau ini pastu kalau aku buat jugak mesti benda tu akan jadi kat aku. Betulkah naluri hati seorang ibu itu selalunya benar?? Atau ianya adalah satu kebetulan. Aku cakap ni sebab benda ni pernah jadi kat aku sendiri dulu-dulu. Jom kita tengok kisah yang terjadi kat bawah ni.


Kisah 1 : Aku yang degil.




Kisah ni berlaku kira-kira 7 tahun yang lalu semasa aku di tahun 6. Waktu zaman sekolah rendah la...


Aku : Mak, angah dengan adik nak keluar main basikal kat luar boleh tak?


Mak: Tak payahlah dah nak dekat maghrib ni hang tak reti lagi ka. Kalau jadi apa-apa ikut suka hang la.


Aku : Dengan degilnya aku dan adik aku pon keluar jugak p main basikal kat luar.


Main punya main basikal tu last-last sampai macam mana ntah boleh terjatuh sampai bibir atas aku ni luka abis.Terus cepat-cepat balik rumah. Pastu kalut la p cari minyak gamat nak letak kat luka tadi tu. Mak aku pon terus berleter kat aku cakap, sapa suruh p main kan dah kena ! Orang cakap tak maw dengar.


Kisah 2 : Adik dan Motosikalnya.




Kisah ni baru terjadi masa bulan puasa tahun ni.


Hari sebelum kejadian berlaku.


Mak : Adik nanti bawa moto tu elok-elok taw. Jangan laju-laju sangat. Bahaya kat situ lagipun adik tak taw        
          jalan tu macam mana.


Adik : Ok mak nanti adik bawa elok-elokla. Mak jangan risaula.


Keesokannya, selepas pergi ke Jitra, adik telah terbabit dalam satu kemalangan. Dia dan kawannya telah tejatuh moto dan mengalami beberapa kecederaan yang agak teruk.




Pengajarannya, janganlah kita ingkari kata-kata ibu walaupun benda tu kecil ja. Sesungguhnya naluri hati seorang ibu itu kuat. Dan setiap kata-kata yang keluar dari setiap bait bibirnya itu adalah sesuatu yang bermakna.


Sayangilah, Ibu anda seperti anda menyayangi diri anda sendiri.


Sayang Ibu !








---> With lots of love ♥ Si Gadis Merah Hearty

Hasil Coretan --> ~MerAh HeArty~ tepat jam: 7:04 pm
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

^____________^

 Budak comel tengah skodeng!

FOLLOWERS

IMPIANKU

WISH LIST MY MUM
MR RIGHT
WORK
CAR
MARRIED
BABY

ABOUT ME

My photo
~MerAh HeArty~
~Nur Anis~22 Tahun~Graduate Diploma In Programming~
View my complete profile

| CINTA SUCI |

Couple ~ 22 August 2012
Dirisik & Bertunang ~ 11 August 2013

ADD ME ON FB

NUr Hearty

Create Your Badge

CORETAN KISAH HATI

  • March (4)
  • February (1)
  • January (3)
  • January (8)
  • November (2)
  • October (2)
  • September (4)
  • August (14)
  • May (1)
  • April (5)
  • March (1)

CLICK-CLICK

LALU LINTAS

Daisypath Anniversary tickers
Powered by Blogger.