-->
Si Gadis Merah Hearty

Selamat Tinggal Kenangan

As Salam...


Salam petang isnin...


Petang nan indah ni ditemani angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan aku telah jauh memikirkan nasib seorang perempuan yang telah ditinggalkan oleh suaminya suatu ketika dahulu. sila percaya. hehe. Satu masa dulu aku ada kawan lelaki yang sangat rapat dan baik dan sama-sama study di tempat yang sama. Bermula daripada alam sekolah menengah lagi kami telah kenal. Tapt time tu kitorang tak da la rapat sangat. Start rapat pon masa aku lepas SPM sambung study kat poli. Masa tu bermula la kisah antara seorang lelaki dan seorang perempuan.


Kami kenal lebih rapat pon sebab kami ditakdirkan belajar di satu tempat yang sama serta mengambil jurusan yang sama. So, lebih mudah untuk kami berbincang mengenai pelajaran masing-masing. Berbincang pon biasa-biasa saja. Tak da la sampai kerap jumpa. Selalunya cakap dalam fon je kalau tak taw apa-apa. Sejak daripada tu kami menjadi sangat rapat. Dia pulak rajin mesej n col aku. Kalau dia tak taw apa-apa mesti dia tanya.


Masa aku masuk sem 5 ni, awal-awal masuk tu aku ok lagi dengan dia ni. Pas pada aku sibuk uruskan satu program robot ni, aku jadi busy tak layan dia sangat. Bukan aku sengaja tapi dah memang aku tak boleh nak luangkan masa sebab terlampau busy sampai ke malam. Besalakan program tu bukan program biasa-biasa saja tapi peringkat kebangsaan punya. Haruslah kena buat yang terbaik. Tapi apa kan daya pas abis je program tu aku try contact balik dengan dia. Apa yang aku harap sumanya hanya tinggal angan-angan je. Bak kata pepatah ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari.


Nasib aku la kan. Pas pada tu terus dia tak contact aku. Sedihkan? huhu. Persahabatan yang dibina lupus begitu saja. Aku tak taw apa salah aku kat dia. Biarlah apa pon aku dah minta maaf kat dia. Mungkin dia ada orang yang lebih baik untuk jaga dia. Aku hanya mampu berdoa dari jauh. Cukuplah selama aku kawan dengan dia yang banyak bagi pengharapan palsu pada aku, akan aku abadikan menjadi satu kenangan yang indah. Indah la sangat walaupun perit pada hati.


Tapi pada hari ini 12 Sept aku nekad untuk buang jauh-jauh setiap kenangan aku bersama dia. Mesej-mesej yang aku simpan suma tu pon aku dah buang. Walaupun kenangan yang dicipta tu tidaklah sebanyak mana cukuplah ia telah mengingatkan aku pada dia. Sebak hatiku waktu tulis entry ni. Teringat pada dia. Arghhhh dia ada ingat kat aku. Mungkin sama sekali tidak. Lupakan lah wahai hati yang luka. Dan aku nak bina hidup baru bersama orang yang aku sayang. Aku nak lupakan dia terus. Moga-moga lepas ni, aku dapat teruskan setiap liku-liku hidup ini dengan tabah. Amin.










p/s :  Doaku padamu agar engkau bisa bahagia bersama orang yang kau sayang.
---> With lots of love ♥ Si Gadis Merah Hearty

Hasil Coretan --> ~MerAh HeArty~ tepat jam: 7:14 pm
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

2 comments:

Aduka said...

halamaakkk.. ni mcm ada admiring je niii.. kihkihkih.. xpe dik.. yg penting hati ikhlas.. explain betul2.. sebagusnya jumpa face 2 face.. mana tau ade jodoh.. ngeeeeeeeeeeeeeeeeee..

12 September 2011 at 19:52
~MerAh HeArty~ said...

@ Aduka

bkn admiring kot. ntah la xtw nk ckp. huhu sedih.btw thnx ek ats nsihat.

12 September 2011 at 21:04

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

^____________^

 Budak comel tengah skodeng!

FOLLOWERS

IMPIANKU

WISH LIST MY MUM
MR RIGHT
WORK
CAR
MARRIED
BABY

ABOUT ME

My photo
~MerAh HeArty~
~Nur Anis~22 Tahun~Graduate Diploma In Programming~
View my complete profile

| CINTA SUCI |

Couple ~ 22 August 2012
Dirisik & Bertunang ~ 11 August 2013

ADD ME ON FB

NUr Hearty

Create Your Badge

CORETAN KISAH HATI

  • March (4)
  • February (1)
  • January (3)
  • January (8)
  • November (2)
  • October (2)
  • September (4)
  • August (14)
  • May (1)
  • April (5)
  • March (1)

CLICK-CLICK

LALU LINTAS

Daisypath Anniversary tickers
Powered by Blogger.