-->
Si Gadis Merah Hearty

Salam Takziah buat Pak Su Tersayang

As Salam...


Terkejut aku dapat berita kelmarin pas sampai je rumah sewa. Sepupu aku col cakap pak su aku pengsan kat rumah dia dan dimasukkan di hospital. So, time tu aku dalam hati masih berharap semoga dia panjang umur. Berdoa supaya tak da apa-apa yang buruk berlaku. Tapi tak lama kemudian plak kakak aku col cakap yang pak su aku dah tak da. Sebak aku dengar. 


Aku macam tak percaya apa yang aku dengar suma ni. Macam mimpi ja. Malam tu aku tak boleh tido duk teringat kat pak su aku. Bayangkan mak su aku baru ja kawin dengan pak su aku bulan 3 hari tu. Baru 6 bulan dapat hidup bersama. Baru nak merasa erti kebahagiaan. Sedih sangat. Kalau aku jadi camtu tak sanggup nak hidup. Suami tercinta pergi buat selama-lamanya. Macam mana la pas ni kehidupan mak su aku. Tak da sapa nak teman dia da. Zuriat keturunan pon belum ada. Aku percaya setiap  yang hidup tu pasti akan mati. Kita kena terima dan redha apa yang berlaku dalam hidup ni. Sudah tersurat setiap apa yang berlaku.


Petang tadi aku col mak aku, tanya macam mana keadaan kat sana. Mak aku cakap mak su aku ok jugakla. Kadang-kadang ok kadang-kadang tu dia sebak nangis bila dia cerita pasal arwah pak su aku. Sedih terasa menangis jugak aku yang dengar ni. Aku nak sangat balik pergi tengok pak su aku. Tapi aku tak terdaya sebab aku sekarang tengah study. Tak boleh nak balik terus. So aku hanya mampu berdoa dari jauh semoga roh pak su aku dicucuri rahmat olehNYA.


Walaupun kami semua baru kenal pak su, baru nak rapat dengan pak su, baru nak rasa panggil perkataan pak su, kami semua tetap sayang pak su. Pak su yang terbaik. Selalu baik dengan kami. Apa yang kami nak semua dia bagi. Ya Allah sedihnya, menitis air mata ketika menaip entri kali ni. Sebak sangat-sangat. Aku yang hanya anak menakan dia saja pon terasa sungguh akan kehilangannya, ini kan pula isteri yang setia dengan dia selama 6 bulan hidup bersama. 


Kepada mak su aku yang tersayang, aku berdoa semoga mak su lebih tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan selepas ni. Kami akan sentiasa ada dengan mak su walau apa pon berlaku. Sayang mak su....
---> With lots of love ♥ Si Gadis Merah Hearty

Hasil Coretan --> ~MerAh HeArty~ tepat jam: 8:29 pm
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

8 comments:

deheartystrawbery said...

sdh sgt2 aku bca ebtry ag ni...sebak..sesak nafas..:( ya allah tmptkanlah..p.su bersama dgn org beriman..amin ya rabb

19 September 2011 at 21:14
~MerAh HeArty~ said...

@ deheartystrawbery
tuu la. aku pon sebak sangat. terasa kehilanganNYA.

19 September 2011 at 23:57
[sutera kasih] said...

semoga arwah Pak Su kamu tenang di sana..Al-Fatihah

20 September 2011 at 14:10
~MerAh HeArty~ said...

@ sutera kasih
thnx... sama2 doakan...

20 September 2011 at 14:23
Unknown said...

semoga arwah paksu kamu ditempatkan dikalangan mereka yg beriman.. tak dapat nak byg perasaan maksu kamu..semoga die tabah..amin

21 September 2011 at 00:06
~MerAh HeArty~ said...

@ Amirah Adnan
amin...dugaan yg pling besar pda dia. semoga dia tabah jua.

21 September 2011 at 19:43
FarizAtie said...

amin..moga dia tabah k..

25 September 2011 at 22:39
~MerAh HeArty~ said...

@ miszatie
amin...doakan ye.

12 November 2011 at 01:23

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

^____________^

 Budak comel tengah skodeng!

FOLLOWERS

IMPIANKU

WISH LIST MY MUM
MR RIGHT
WORK
CAR
MARRIED
BABY

ABOUT ME

My photo
~MerAh HeArty~
~Nur Anis~22 Tahun~Graduate Diploma In Programming~
View my complete profile

| CINTA SUCI |

Couple ~ 22 August 2012
Dirisik & Bertunang ~ 11 August 2013

ADD ME ON FB

NUr Hearty

Create Your Badge

CORETAN KISAH HATI

  • March (4)
  • February (1)
  • January (3)
  • January (8)
  • November (2)
  • October (2)
  • September (4)
  • August (14)
  • May (1)
  • April (5)
  • March (1)

CLICK-CLICK

LALU LINTAS

Daisypath Anniversary tickers
Powered by Blogger.