-->
Si Gadis Merah Hearty

Jiran busy body

As Salam...
Dear Diary...

Haa korang pernah rasa ada jiran busy body . Asyik nak ambil tahu je pasal korang . Nak p mana selalu tanya, nak kuar dengan sapa . hmm mengalahkan mak ayah kita disiasatnya . Menyampah kan dengan orang cam ni .

Antara perbualan jiran aku dan kakak aku :

Jiran : Hai nak pergi mana tu ? Kenapa naik kereta mak pulak .

Kakak : Ehh ni nak pergi hospital jap .

Jiran : Dah tu kenapa naik kereta mak . Kereta sendiri kan ada .

Tiba-tiba mak aku keluar dari rumah . Mak aku pon ikot jugak pergi hospital teman adik aku ni .

Jiran : Ohh mak pergi sekali ke ? Ingatkan hampa je pergi . Tu yang tanya kenapa tak naik kereta dia .

Kakak : (Dalam hati menyibuk betul dia ni , ikut suka akula yang nak menyibuk sangat apa hal kan)

*Mak cik sebelah ni memang suka nyibuk . Kita tak menyibuk hal diorang pon, dia sibuk-sibuk nak kacau hal kita .

Aku cukup tak suka orang duk kacau hal kami . Kalau setakat nak tanya benda-benda biasa tak pa lagi . Ni duk kalut tanya macam-macam dah . Mak cik ooi jangan duk kalut jaga tepi kain orang sangat boleh ? Jaga hal rumah tangga mak cik tu dulu k .

Sekian .... 
---> With lots of love ♥ Si Gadis Merah Hearty

Hasil Coretan --> ~MerAh HeArty~ tepat jam: 8:52 pm 0 orang doakan merah hearty dapat 4 Flat.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Hargai Dirinya !

As Salam
Dear diary...

Cinta ni kadang-kadang membuatkan kita bahagia , kadang-kadang membuatkan kita derita . Saat awal perkenalan kemanisan tuu memang terasa manis sangat-sangat . Tapi bila dah bosan mulalah terjadinya pergaduhan dan akhirnya putus di tengah jalan . Itu sebab bila kita mula serius kita jangan percaya sangat, jangan cinta sangat dan jangan sayang sangat sebab perkataan sangat itu satu hari nanti akan buat kita sakit SANGAT . Hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa peritnya hati kita waktu itu . 

Dan kepada awak , 

Sekarang awak tak balas mesej saya? Takpe. Awak tak jawab call saya? Its okay. Awak langsung tak ada masa untuk saya? Saya faham. Kalau awak nampak saya nikah dengan orang lain masa tu, saya harap awak pulak yang faham kenapa . :)

Mungkin ini jalan yang awak pilih , dan awak kena laluinya . Saya redha atas segala ketentuanNYA . Dan awak pon kena turut redha juga . Saya harap awak sentiasa bahagia . Amin .
---> With lots of love ♥ Si Gadis Merah Hearty

Hasil Coretan --> ~MerAh HeArty~ tepat jam: 4:42 pm 0 orang doakan merah hearty dapat 4 Flat.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Welcome 2013 yang indah

As Salam
Dear diary...

Sudah berbulan-bulan lamanya aku meninggalkan blog kesayangan ini . Mungkin sebab kekeringan idea untuk menulis . Kadang-kadang tuu rindu sangat nak menulis tapi mai idea sat , pastu hilang camtu ja . Tak taw nak bercerita apa . Oh ya , tahun ni aku sudah menginjak ke usia 22 tahun . Maknanya tak boleh dah nak jadi macam budak-budak . hihi . Moga dengan meningkatnya umurku maka bertambahlah amalanku . Amin

So, sekarang di entry pembukaan 2013 ni dengan niat hati nak kembali semula berblogging ni . Harap-haraplah tak jadi hangat-hangat taik ayam kan . Masa awal-awal je ok pastu mai tengah-tengah hilang tak dak apa dah . hehehe

Wishlist dalam tahun 2013 ni macam-macam yg aku impikan .

Antaranya :


  • Misi mendapatkan pekerjaan yang tetap .
  • Nak beli kereta .
  • Nak menamatkan zaman bujang . InsyaAllah . ^_^
  • Nak jadi anak yang solehah di mata bonda dan ayahanda.
Amin....Amin....Amin semoga apa yang diimpikan bakal menjadi kejayaan . Moga tahun ni memberi seribu keindahan buatku . Yang penting usaha sehabis daya . InsyaAllah . Doakan aku ehh kawan-kawan. :)

Sebelum tuu jom kita sama-sama berdoa . Moga dibuka pintu kebaikan . Amin
الْحَمْدُ لِلَّهِ




---> With lots of love ♥ Si Gadis Merah Hearty

Hasil Coretan --> ~MerAh HeArty~ tepat jam: 10:43 pm 0 orang doakan merah hearty dapat 4 Flat.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

^____________^

 Budak comel tengah skodeng!

FOLLOWERS

IMPIANKU

WISH LIST MY MUM
MR RIGHT
WORK
CAR
MARRIED
BABY

ABOUT ME

My photo
~MerAh HeArty~
~Nur Anis~22 Tahun~Graduate Diploma In Programming~
View my complete profile

| CINTA SUCI |

Couple ~ 22 August 2012
Dirisik & Bertunang ~ 11 August 2013

ADD ME ON FB

NUr Hearty

Create Your Badge

CORETAN KISAH HATI

  • March (4)
  • February (1)
  • January (3)
  • January (8)
  • November (2)
  • October (2)
  • September (4)
  • August (14)
  • May (1)
  • April (5)
  • March (1)

CLICK-CLICK

LALU LINTAS

Daisypath Anniversary tickers
Powered by Blogger.